Wednesday, 23 March 2016

Dreams

      Banyak yang katakan, mimpi itu hanya permainan tidur. But for me not all dreams are like that. Tahun lalu, saya mendapat mimpi yang bagi saya itu sesuatu yang sangat pelik dan ada sebuah mesej yang ingin di sampaikan.
      Saya berada dalam kereta ayah saya, tetapi saya tidak  tahu arah kami ingin kemana. Suddenly, someone called my mom. Its my aunt. She asked us to come to their home to make some pray. "Kamu tidak mau buat doa pembahagian Salib?" Kakak saya katakan kepada ibu saya.Tapi, ibu saya hanya mendiamkan  diri. Saya hairan apa yang dimaksudkan dengan doa pembahagian Salib. Saya cari maksud bagi doa tersebut, tetapi tiada. Saya lihat kakak saya mula berdoa, saya pun ikut. Doa yang saya baca ialah Bapa Kami, Salam Maria dan Kemuliaan.
        Secara tiba-tiba, ayah saya masuk kedalam satu simpang, jalan tersebut sangat sunyi tetapi sangat cantik. Jalan tersebut ibarat jalan masuk ke dalam hutan yang dilukis dalam sebuah lukisan. Kemudian, saya turun dari kereta dan secara tiba-tiba keluarga saya tiada. Saya nampak ada sebuah rumah dan saya pergi ke rumah tersebut.
       Dalam rumah tersebut, saya lihat ada Aunt Laura, makcik saya.  "Kenapa aki(datuk) ada disini? aki kan sudah lama meninggal?" Saya bertanya kepada makcik saya kerana saya hairan dengan kehadiran datuk saya itu. Yang menambahkan kehairanan saya lagi bila saya meletakkan jari saya pada hidung datuk saya, beliau tidak bernafas, beliau tidak bernyawa. :(. Makcik saya katakan " Marilah kita doakan aki mu supaya dia dapat pulang semula."
      Semasa ingin memulakan doa, saya menutup mata dan apabila saya membukanya semula, saya melihat saya berada di tempat lain. Saya berada di satu tempat yang sangat besar seperti berada di dalam auditorium. Terdapat pentas yang sangat besar, ramai yang menari diatas pentas, koir, orang ramai yang bersorak sorai. Keadaan tempat tersebut sangat pelik. Mereka semua memakai gaun dan jubbah yang berwarna putih suci.
       Saya bertanya kepada seseorang yang berada di sebelah saya, dia seorang lelaki namun saya tidak dapat melihat wajahnya. "Kenapa saya berada disini? Bukankah saya patut buat upacara untuk aki saya?" " Ya, memang kita sedang buat upacara untuk doakan datuk mu" kata lelaki itu.
       Secara tiba-tiba, saya telah memakai jubbah koir dan saya berada di tempat nyanyian koir. Semuanya memakai jubbah seperti yang saya pakai, mereka semua mempunyai rambut berwarna emas dan saya satu-satunya yang berambut hitam. Wajah mereka cukup bercahaya dan sangat bersemangat menyanyikan lagu. Saya juga turut menyanyikan lagu yang mereka nyanyika, namun saya langsung tidak memahami sepatah perkataan pun lirik yang saya nyanyikan dan yang mereka nyanyikan, tetapi saya dapat mengikutinya dengan lancar. Hanya satu sahaja perkataan yang saya fahami iaitu "HALLELUYAH"
         Saya bertanya lagi dengan lelaki tersebut, "siapa yang kita tunggu sekarang ini?"" Kita menantikan kedatanganNya." "Siapa yang kita nantikan?" Saya bertanya lagi kepadanya selepas mendengar lelaki itu berkata seperti itu. " "Dialah yang kita nanti-nantikan kedatanganNya" Saya hanya berdiam diri selepas itu.
         Semasa meneruskan nyanyian koir, saya melihat ada seorang wanita yang berwajah putih melihat dari belakang pentas dengan keadaan yang marah. Saya bertanya lagi kepada lelaki tersebut. "Siapa dia? Kenapa dia Nampak marah?" "Dia juga malaikat, biarkan sahaja dia, dia tengah marah itu" "Malaikat?" saya berasa hairan apabila mendengar perkataan itu. "Ya, malaikat, mereka semua yang engkau lihat sekarang ini juga malaikat" Saya berasa terkejut selepas mengetahui bahawa saya dikelilingi oleh malaikat.
         Nyanyian koir semakin rancak. Sekali lagi, saya melihat wanita yang marah itu buat kali kedua. Nyanyian koir semakin lama semakin rancar dan secara tiba-tiba, saya melihat seorang wanita yang sangat canti memakai gaun seperti pengantin keluar dari belakang pentas dan datang seorang lelaki menyambut tangannya. Saya bertanya lagi kepada lelaki tersebut. " Siapakah wanita itu? dan siapakah lelaki itu?" "Dialah yang kita nanti-nantikan kedatanganNya" Saya hanya mampu terdiam dan melihat mereka menari dipentas. Semua yang menonton ditempat tersebut bersorak-sorai kepada mereka. Ada yang menangis, ada yang menyembah, ada yang berdoa dan ada yang berebut-rebut untuk naik ke pentas tersebut.
         Saya juga teringin untuk mendekatinya, secara tiba-tiba saya telah berada jauh dari pentas tersebut. Saya mengatakan kepada lelaki tersebut "kenapa saya berada disini, saya juga ingin mendekatinya" "Engkau belum boleh mendekatinya" "kenapa" saya bertanya "Kerana belum tiba masanya lagi.
         Saya cuba untuk naik ke pentas tersebut, namun pentas tersebut teramatlah tinggi dan tangga untuk kepentas tersebut juga dipenuhi dengan orang yang ingin mendekatinya. "Pulanglah" kata lelaki itu. "Saya tidak ingin pulang, saya ingin mendekatinya, ingin berjumpa dengannya. Engkau sendiri katakan Dialah yang kita nanti-nantikan kedatanganNya." Saya cuba untuk bertahan. "Engkau belum boleh menemui nya. belum tiba masanya lagi, Pulanglah." Kata lelaki tersebut. Saya berasa teramat sedih, setelah selangkah saya berjalan, saya telah kembali ke rumah makcik saya.
         Saya bertanya kepada makcik saya. "Dimana aki?" "Aki mu sudah pulang" kata makcik saya. Saya hanya mendiamkan diri.

         Selepas sahaja saya sedar dari mimpi saya, keesokan harinya. saya menceritakan perkara ini kepada rakan seiman saya. Dia  mengatakan kepada saya malam itu, dia lewat tidur dan ketika melihat saya, dia sangkakan saya belum tidur kerana dilihat mata saya seperti terbuka dan bercahaya serta saya senyum. Kawan saya katakan kepada saya, "Mungkin kau dilawat semalam" Saya hanya berdiam dan tersenyum sambil mengucapkan "Terima Kasih Tuhan".

       Cerita ini bukanlah rekaan, tetapi saya lalui nya sendiri pada tahun lalu bulan 10. Sewaktu exam amali. Bukan untuk berbuat apa-apa, cuma peringatan kepada yang seumat dengan saya, bagi yang beragama Kristian. " KedatanganNya semakin dekat" Banyakkanlah berdoa dan selalu ingat akan kedatanganNya.

Puji Tuhan. Amin. :)
     

No comments:

Post a Comment