Monday, 14 March 2016

Motivated Story(based on my own true story)

    Sejak saya masuk Kolej Vokasional Sandakan, ramai yang cakap "kenapa pindah sekolah? Sayangnya.."  Saya cuma jawab dengan senyuman jak. Saya tahu sekolah Sains memang sekolah yang terbaik, tapi tidak semua yang layak masuk ke sekolah itu dan tidak semua yang terpilih di sekolah itu cemerlang seperti yang disangkakan oleh pelajar sekolah harian yang lain.
    Mungkin ramai yang cakap, "Adeline memang pandai, jadi tidak hairanlah kalau selalu dapat keputusan cemerlang" "Biasalah, tengok sekolah lah, sekolah Sains" "si Adeline budak pandai, tidak payah la kasih banding sama kami". Semua yang mereka cakap tu membuatkan hati saya terluka sebab mereka tidak tahu disebalik cerita saya. Disebalik kepandaian yang mereka lihat ada kepahitan yang saya alami.
     Saya dulu bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Lahad Datu pada tahun 2011-2013. Selama berada di sekolah itu, saya mempunyai 5 orang sahabat yang akrab. Kami sentiasa bersama, sentiasa memberikan semangat antara satu sama lain. Sahabat-sahabat saya semuanya pandai. Sentiasa bersaing untuk mendapatkan kedudukan isis yang tertinggi. Tetapi, dalam sahabat kami ada seorang yang boleh dikatakan lemah atau bahasa kasarnya kurang pandai, iaitu saya.
      Saya sangat sayangkan mereka semua, kalau boleh saya ingin selalu bersama mereka, tetapi kekadang saya ingin menjauhkan diri dari mereka. Mereka semua pandai, saya dapat rasa kan diri saya tersisih. Saya malu dengan diri saya. Setiap kali keluar keputusan peperiksaan, saya tidak akan cari nama saya bermula dari kedudukan atas isis itu, saya akan cari nama saya bermula dari bawah, sebab saya tahu kedudukan saya tidak pernah diatas.
      Disebabkan saya juga teringin sekali merasai kedudukan atas, saya sanggup meniru sewaktu peperiksaan. Hasilnya, saya dapat kedudukan yang tinggi. Tapi, saya gembira kah dengan keputusan yang saya dapat? Tidak. Saya sangat tidak gembira dengan keputusan saya sebab itu bukanlah hasil daripada usaha saya sendiri, tetapi hasil daripada saya meniru. Saya berasa sangat bersalah dan nekad untuk tidak melakukannya lagi
      Saya belajar bersungguh-sungguh sampailah kawan saya bilang "Adeline, aku tengok kau ni belajar terus, tdk penat kah?" Ya saya memang penat. Tapi disebabkan hati saya kuat untuk cemerlang saya sanggup berkorban. Saya masih ingat lagi rakan saya melemparkan kata-kata yang begitu tajam sekali kepada saya "tidak payah lah kau belajar tu, gagal juga kau tu". Saya tidak menunjukkan kemarahan saya, saya hanya senyum kepadanya sebab saya tahu dimana kedudukan saya. Saya sedar diri saya seorang yang bodoh, layak menerima kata-kata seperti.
                          .................

        Keputusan peperiksaan pun telah keluar, dan hati saya sangat berdebar dan tidak sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaan saya. Hasilnya....
Saya langsung tidak mencapai sasaran. Saya sangat kecewa. Saya menangis sampai saya salahkan ibu bapa saya. Saya menyalahkan ibu bapa saya sebab memaksa saya untuk bersekolah disini. Saya tahu ibu bapa saya terluka dengan kata-kata saya, tetapi saya tidak dapat mengawal perasaan saya. Perasaan yang saya rasa cuma sedih, marah, benci.
         Satu hari saya telah luahkan segala isi hati saya kepada sahabat karib saya , Chelsie. " Chel, aku tidak layak disini, aku patut pindah". "Kau boleh tu Ad, kami kan ada, sentiasa membantu kau" "kau bolehlah cakap macam tu Chel, kamu memang pandai, lainlah aku ni..Chel, aku rasa aku patut pindah, aku tidak layak disini, manatau kalau aku pindah aku lebih baik dari sekarang"...

No comments:

Post a Comment