"Kalau mau pindah, pastikan keputusan PMR mu cemerlang" itu pesan ayah saya. Dari situ saya sangat kuat hati untuk pindah.
Saya pernah dipanggil masuk ke bilik mesyuarat disebabkan masalah akademik. Keputusan akademik saya sangat tidak cemerlang. Saya ingat lagi pengetua saya cakap kepada saya "Kau pelajar non-muslim, banyak masa untuk belajar, apa yang kau buat sebenarnya?" Saya tidak jawab, tapi hati saya kata saya belajar, lebih banyak belajar berbanding mereka yang cemerlang, saya tidak tahu kenapa keputusan saya macam ni.
Saya pernah di kaunseling beberapa kali sebab masalah akademik. Masa tu saya menjalankan ujian inventori. Cikgu kaunseling saya kata ujian ini akan menentukan sama ada saya layak atau tidak berada di sekolah itu. Selepas sahaja ujian itu, cikgu saya berjumpa dengan saya, dia kata melalui ujian itu saya tidak sesuai berada disekolah ni. "Kalau kamu ingin teruskan bersekolah disini tiada masalah, tetapi risiko untuk kamu cemerlang, pilihan ditangan kamu" itulah yang dikatakan oleh kaunselor saya. Saya sangat kecewa, tapi saya bertambah nekad untuk pindah.
......PMR......
Sedar tak sedar pmr sudah pun berlalu...
Selepas beberapa bulan kemudian.. hari yang dinanti nantikan pun telah tiba, tanpa saya duga saya mendapat 7A dalam pmr saya. Saya tidak pernah terfikir pun yang saya akan mendapat keputusan cemerlang seperti ini. Ayah saya tanya saya sekali lagi "kau masih mau pindah?" "Ya"...
Hidup saya jauh berbeza selepas ke Kolej Vokasional Sandakan. Saya menjadi pelajar yang cemerlang, aktif dalam sukan, rakan-rakan sentiasa memerlukan saya, guru-guru sentiasa memuji saya. Tapi saya tetap sedih sekiranya guru-guru bandingkan saya dengan kawan saya yang lain. Saya faham perasaan kawan-kawan saya sebab saya sendiri pernah berada dibawah, saya tahu rasanya bila diri kita lemah dalam mana-mana subjek. Saya tahu rasanya bila dapat kedudukan yang corot. Saya sudah lalui semuanya.
Perkara yang lebih menyedihkan bila saya dikatakan saya memang pandai, tidak hairan dapat keputusan cemerlang, seolah-olah saya tiada usaha untuk mengejar kecemerlangan itu, sedangkan mereka tidak tahu pun betapa susahnya untuk mendapat kecemerlangan itu. Mereka tidak tahu betapa susahnya saya lalui liku-liku kehidupan saya. Saya menangis, menipu, marah, membenci,berdengki,rasa ingin berputus asa..semua saya lalui semuanya saya rasai.
Orang kata hidup ini ibarat roda, kadang kita dibawah, kadang kita diatas. Ya memang betul saya bermula dari bawah, dan untuk menaikkan roda itu bukanlah senang. Bila saya sudah naik ke atas, saya akan cuba pertahankan roda saya itu untuk tidak akan turun semula..sebab saya tahu betapa sengsaranya untuk naik semula.
So, please don't judge people easily if you doesn't know their story. Not every success person in this world that you see had a sweet life story, they all start with a bitter story.
adellll_
No comments:
Post a Comment